Macamana ya aku berminat tahap gaban untuk menjadi seorang anak-anak kapal ni ye... tak susah untuk aku menceritakan kenapa kerana.. benda itu berlaku...
Macam ni ceritanyer.. aku sebenarnyer terpikat benar dengan drama bersiri jepun yang suatu masa dulu ditayangkan di TV1. Tak lain dan tak bukan ialah CIAKI. Erm... Maybe antara korang tak penah dengar tajuk cerita ni pun kan....... tapi some of them, mmg tahu cerita Ciaki ni.... cerita tentang kehidupan pramugari dari sebelum, menjadi pelatih dan akhirnye bertugas sepenuhnya sebagai pramugari ni.. airlines term kata 'online' stewardess.

Dulu2, bila sebut saja pukul 4.30 petang khamis hingga jumaat, aku dan kakak-kakakku akan tercegat di depan tv. Walaupun tv pada masa tu,tiada lagi LCD, LED dll yang canggih.. tapi kenikmatan yang aku dapati untuk menonton drama bersiri kegemaran ku itu tak pernah aku lupakan. Pernah sekali tv di rumah aku rosak,hanya kedengaran suara alihbahasa, tu sudah cukup. Bak kata orang bercinta, kalaupun tak dapat tengok orangnya, tengok bumbung rumahnya pun cukup lah... hehehehe... ni cukuplah sekadar mendengar alihbahasa sudah cukup aku berpuas hati dan dapat mengikuti siri pada hari itu.

Untuk pengetahuan korang,aku ni sekolah sekular pada waktu pagi dan sekolah agama pada waktu petang. Kelas agama start pukul 2-4 petang. Jadinyer..... untuk balik ke rumah secepat mungkin adalah matlamat utama untuk aku menonton nyanyian 'jinggle' Ciaki.... paling kurang aku akan sampai ke rumah pada pukul 4.30 petang tak pun paling lewat pukul 4.50 petang. Ini kerana rumah ku dan sekolah agama agak 10 minit jaraknya. Nak menunggu bas, bas tak berhenti, bas penuh.. banyak dugaan oooohh untuk aku sampai ke destinasi.
Actually .. cerita Ciaki ini simple aje, seperti yang aku cakap di atas, ciaki menjalani latihan pramugari di JAL academy, diajar cara bertutur, berjalan, table manners dan lain2 yang aku akan ceritakan nanti. Ciaki akhirnya bercinta dengan coach nye iaitu Cikgu Hiroshi... aku tak lupa langsung walaupun sekumit, bait demi bait, perkataan dalam lagu itu,
Cikgu Hiroshi orang yang baik hati,
orangnya tampan sungguh baik sekali,
dia penyayang, berani sungguh berani,
siapa yang dapat pasti akan beruntung, beruntung !
** penat aku mencari drama ni di youtube tapi tak ada... tak ape.. nanti kalau ada, aku akan share dengan korang k...