Friday, August 13, 2010

Ciaki....

Macamana ya aku berminat tahap gaban untuk menjadi seorang anak-anak kapal ni ye... tak susah untuk aku menceritakan kenapa kerana.. benda itu berlaku... 

Macam ni ceritanyer.. aku sebenarnyer terpikat benar dengan drama bersiri jepun yang suatu masa dulu ditayangkan di TV1. Tak lain dan tak bukan ialah CIAKI. Erm... Maybe antara korang tak penah dengar tajuk cerita ni pun kan....... tapi some of them, mmg tahu cerita Ciaki ni.... cerita tentang kehidupan pramugari dari sebelum, menjadi pelatih dan akhirnye bertugas sepenuhnya sebagai pramugari ni.. airlines term kata 'online' stewardess. 



Dulu2, bila sebut saja pukul 4.30 petang khamis hingga jumaat, aku dan kakak-kakakku akan tercegat di depan tv. Walaupun tv pada masa tu,tiada lagi LCD, LED dll yang canggih.. tapi kenikmatan yang aku dapati untuk menonton drama bersiri kegemaran ku itu tak pernah aku lupakan. Pernah sekali tv di rumah aku rosak,hanya kedengaran suara alihbahasa, tu sudah cukup. Bak kata orang bercinta, kalaupun tak dapat tengok orangnya, tengok bumbung rumahnya pun cukup lah... hehehehe... ni cukuplah sekadar mendengar alihbahasa sudah cukup aku berpuas hati dan dapat mengikuti siri pada hari itu. 


Untuk pengetahuan korang,aku ni sekolah sekular pada waktu pagi dan sekolah agama pada waktu petang. Kelas agama start pukul 2-4 petang. Jadinyer..... untuk balik ke rumah secepat mungkin adalah matlamat utama untuk aku menonton nyanyian 'jinggle' Ciaki.... paling kurang aku akan sampai ke rumah pada pukul 4.30 petang tak pun paling lewat pukul 4.50 petang. Ini kerana rumah ku dan sekolah agama agak 10 minit jaraknya. Nak menunggu bas, bas tak berhenti, bas penuh.. banyak dugaan oooohh untuk aku sampai ke destinasi.


Actually .. cerita Ciaki ini simple aje, seperti yang aku cakap di atas, ciaki menjalani latihan pramugari di JAL academy, diajar cara bertutur, berjalan, table manners dan lain2 yang aku akan ceritakan nanti. Ciaki akhirnya bercinta dengan coach nye iaitu Cikgu Hiroshi... aku tak lupa langsung walaupun sekumit, bait demi bait, perkataan dalam lagu itu,


Cikgu Hiroshi orang yang baik hati,
orangnya tampan sungguh baik sekali,
dia penyayang, berani sungguh berani,
siapa yang dapat pasti akan beruntung, beruntung !  





** penat aku mencari drama ni di youtube tapi tak ada... tak ape.. nanti kalau ada, aku akan share dengan korang k... 

Wednesday, August 11, 2010

lahai pramugari.... ermmmmmmm.....

Orang kata, hendak mencapai sesuatu yang dihajati, perlu memerlukan satu kuasa yang utuh, supernatural (ahak.. ahak...), super duper focus ( grrrrr......) dan yang penting sekali keazaman untuk menjadikan ia suatu kenyataan... tak terkecuali aku...aku ????  erm... terlalu awal nak dimerngertikan cita-cita awal aku ni...... biasalah.. dulu masa sekolah dulu, cikgu selalu bertanya, apakah cita2 kamu... tak pun, cita2 saya... sure... jawapan yg paling fames ialah..... nak jadik doktor, lawyer,  cikgu, ape lagi... erm... pilot... dan aku plak... darjah 1 je dah ada cita nak jadik  yang pertama nak jadik doktor, (hahah siap ada ranking jugak tu....) ke dua pun nurse, ke tiga sigu (cikgu..).. hihihiih.. almaklumlahhh nampak kerjaya nurse tu ala2 mcm gaya2 doktor gitu.... baju putih, smart.. dan dulu2 kan nurse selalu pakai skirt.. ehem ehem... hahahah.... so secara langsung dan tak langsungnyer... nampak cantik dan sopan jer..... Wow......


Tapi hari berganti hari......lama2 aku menjadilah seekor buruk merpati  yang awalnye  seekor gagak hitam...( ewah..)... cita2 ku doktor dan nurse di sekolah rendah itu makin dilupakan.... tetapi... aku menjalini hidupan seperti biasa.....seperti kanak2, anak gadis sunti yang biasa... semuanye biasa2 belaka.....


Beginilah ceriteranyer bermula.... mukadimahnyer la gitu..... aku semakin membesar seperti para pelajar lain.... erm nak dikatakan aku.. aku.. aku merupakan seorang antara berjuta gadis yang  biasa dan bercita2 biasa..... tapi semakin ku lalui... akhirnya aku mendapat satu target, atau wawasan untuk menjadik apakah aku nanti.... bak kata orang aku mendapat satu pekerjaan yang amat aku  pasti, inilah aku suatu hari nanti..


dengan title blog ini pun korang dah dapat apa pekerjaan yang amat aku dambakan.....bak kata aku dulu pun... cita2 ku amat tinggi... eh eh.. bukannya aku sekadar nak jadi tinggi... tapi cita-cita aku pun tinggi, ingin juga aku berada di tempat tinggi, terbang di tempat tinggi.. ish boleh ke?  Apa2 pun niat  hati nak mengapai awan.. dan lebih tepat lagi nak menjadi... 'pramugari'... ha... itu lah term yang aku idam-idamkan.... mendengar je huduf 'P' tu.. mengeletar tubuh aku, berselera makan ku, bersemangat jadinya aku dan yang paling best lagi.... tersenyum lebar aku bila mendengar nama pramugari itu..... ahah........tapi sebelum aku mengapai kerjaya idamanku ini, aku melalui terlalu banyak rintangan.. inilah yang menjadikan kerjayaku ini lebih mencabar dan jatuh kepada kategori aku jatuh cinta sendiri kepada kerjayaku.. kalau korang mengikuti cerita aku ni, korang akan faham, mengapa aku sayangkan kerjayaku ini.........